Perlaksanaan program ini sebelumnya adalah secara berasingan berdasarkan penglibatan MARA melalui jemputan yang dikeluarkan oleh badan-badan kerajaan dan swasta atau pun pertandingan yang disertai oleh MARA. Ini menyebabkan MARA tidak bersedia sepenuhnya untuk setiap penyertaan tersebut atau tidak dapat menghantar penyertaan kerana kesuntukan masa.
Dalam usaha untuk memantapkan lagi perlaksanaan bermula dari tahun 2017, semua program-program yang berkaitan inovasi akan menggunakan jenama MARATeX dengan 3 fokus utama iaitu i-MTech (Innovation in MARA Technical Product), i-MEd (Innovation In MARA Education) dan i-MMa (Innovation in MARA Management).
Contoh Inovasi Penyampaian Perkhidmatan merangkumi : Pengurusan Strategik dan Kepimpinan Organisasi, Budaya Kerja, Kewangan dan Aset, Pengurusan Perhubungan Pelanggan, Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Projek Pembangunan, Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pengurusan Sekolah/ IPMa
Meningkatkan kesedaran warga MARA tentang perlunya kreativiti dan inovasi untuk pengupayaan penyampaian perkhidmatan berimpak tinggi.
Membudayakan pemikiran kreatif dan penghasilan inovasi dalam kalangan warga MARA yang mampu memenuhi kehendak pelanggan sekali gus meningkatkan imej MARA.
Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada warga MARA dan pusat pentadbiran MARA terhadap hasil inovasi yang diperkenalkan.
Memperkenal dan menyebarluaskan hasil-hasil inovasi yang boleh diadaptasi, diaplikasi dan dikomersialkan.